Bintang

Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bintang (Jawi: بينتڠ) merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

Bintang terdekat dengan bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9 trilion kilometer atau 4.2 tahun cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi kimianya.

Kecerahan bintang dibahagi kepada 1 hingga 6, dimana satu ialah bintang paling cerah, dan 6 sebagai bintang paling malap. Terdapat juga kecerahan yang diukur secara mutlak yang dikenali sebagai magnitud mutlak antara +26.0 sehingga -26.5. Saiz bintang menurut turutan kecil ke besar adalah Neutron < Kerdil (0.01 saiz Matahari) < matahari < Gergasi < Super gergasi bersaiz 400 kali matahari). Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang.

Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop. Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai gergasi merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk super gergasi merah. Super gergasi merah ini kemudiannya membentuk Nova atau Supernova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong hitam.

Bintang tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang. Galaksi tipikal mengandungi beratus-ratus bilion bintang, dan terdapat lebih daripada 100 bilion (1011) galaksi di dalam alam semesta yang dapat dilihat. Sementara selalu dipercayai bahawa bintang hanya wujud di dalam galaksi, bintang antara galaksi telah ditemui. Kiraan bilangan bintang pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 300 sextillion (3 × 1023) di dalam alam semesta yang dapat dilihat.

Matahari bintang yang paling dekat dengan bumi

Matahari bintang yang paling dekat dengan bumi dengan jarak 149,680,000 km

Permukaan matahari

Permukaan matahari

Bintang Proxima Centauri

Bintang Proxima Centauri (anak panah) 4.2 tahun cahaya dari bumi

Bintang Proxima Centauri

Bintang Proxima Centauri

Supernova

Bintang Gergasi –  Supernova SN 2011fe 

Firman Allah Ta’ala:

 وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ

1. Ertinya: “Demi langit yang mempunyai gugusan bintang” (Surah Al-Buruj: ayat 1)

Peta gambaran alam semesta

Peta gambaran alam semesta.Lihat Milky Way Center dimana bumi kita berada

Buruj adalah gugusan bintang-bintang di langit atau dinamakan oleh ahli kaji bintang sebagai “Galaksi“.

{1} وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى

1. Ertinya: “Demi bintang semasa ia menjunam” (Surah An-Najm: 1)

Apakah maksud “Demi bintang semasa ia menjunam” ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s