Pengenalan

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Shalawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, serta keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.

Sesungguhnya KERAJAAN ALLAH sangatlah besar, tidak terjangkau oleh akal dan penglihatan manusia. Apa yang dapat dilihat dan diketahui oleh  manusia kini adalah amat sedikit. Dan yang dapat di lihat itu adalah ALAM SYAHADAH. Manakala Alam Ghaib, Syurga, Neraka, ‘Arsy, hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala jua yang mengetahuinya…

Blog ini bertujuan untuk membuka hati  khususnya orang-orang yang beriman, dan menyedarkan kita betapa luasnya Kerajaan Allah s.w.t. Dengan itu diharapkan, akan timbul keinsafan betapa kerdilnya kita manusia. Juga dapat kita melihat betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t. Ayat-ayat Al-Qur’an berulang kali memerintahkan manusia memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di langit dan di bumi, agar dengan itu akan bertambah teguh keimanan  kepada Allah s.w.t.

Ini hanyalah suatu usaha kecil daripada saya. Sesungguhnya, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua…

Sekian dari saya, seorang fakir lagi dhaif…

Rosli.

email: roslay54@hotmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s