Kerajaan Di Langit

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ertinya:

 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

 خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ

 اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

 الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

 عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,” Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq: ayat 1 hingga 5)

 بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.” (Al-Baqarah: 117)

 هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Hadid: ayat 4)

 تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَا

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi” (Surah Thaha: Ayat 4)

 الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy“. (Surah Thaha: ayat 5)

Sejak zaman dahulu manusia telah menaruh minat yang besar untuk memerhatikan bintang-bintang di langit dan ingin mengetahui rahsianya.

sejak zaman dahulu manusia sangat berminat untuk mengetahui  alam semesta (universe)

Balai cerapan angkasa di abad 17…

Balai cerapan dari bumi

Teropong Angkasa Hubble

MANUSIA SENTIASA DAHAGAKAN ILMU PENGETAHUAN…Tidak memadai mencerap langit melalui teropong di bumi, manusia mereka-cipta Teropong Angkasa dan melancarkannya jauh dari bumi, untuk mendapatkan imej-imej langit dengan lebih terang dan lebih jauh jangkauannya.

Bagaimana Teleskop Angkasa Hubble menghantar imej ke bumi

BERIKUT INI ADALAH  BEBERAPA IMEJ YANG DICERAP MELALUI TELESKOP ANGKASA HUBBLE…

Galaksi Milky Way (Bima Sakti) di mana bumi kita berada di dalamnya

Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta. Galaksi dalam mana sistem suria, iaitu bumi dan matahari berada di dalamnya dikenali sebagai Bima Sakti.

BUMI KITA BERADA DI DALAM GALAKSI MILKY WAY INI...Lihatlah betapa besarnya Kerajaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di manakah kita di alam semesta ini? 

Galaksi Bima Sakti (Milky Way) dan kedudukan matahari…

Menurut fakta Astronomi, Galaksi kita Bima Sakti, mempunyai kelebaran lebih kurang 100,000 tahun cahaya!!! Lihat pada imej di atas yang menunjukkan kedudukan Matahari dalam Galaksi Bima Sakti...Matahari yang begitu besar bagi kita di bumi, hanya ibarat sebutir pasir di dalam Galaksi Bima Sakti...SANGAT SUKAR UNTUK KITA MEMPERCAYAI...tetapi itulah yang dipercayai oleh para ahli astronomi melalui pemerhatian mereka.!

Imej sebuah galaksi yang berjaya dicerap dari teleskop angkasa Hubble

Alam semesta - peta 43,000 galaksi...!

Alam semesta – peta 43,000 galaksi…!

Galaksi kepala kuda

Imej dari Hubble

Firman Allah Ta’ala, ertinya:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya)” (Surah Al-Hijr: ayat 16).Gugusan bintang-bintang (buruj) atau disebut dalam astronomi sebagai “galaksi”.

Galaksi Sombrero

Galaksi Sombrero adalah galaksi spiral dalam konstellasi Virgo. Ia ditemui pada akhir 1700 Masehi, terletak lebih kurang 28 juta tahun cahaya dari bumi..Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer!!!. Cuba bayangkan berapa jauh jaraknya 28 tahun cahaya… BETAPA BESARNYA KERAJAAN LANGIT??? . 

BEBERAPA FAKTA ASTRONOMI

  • 8.3 minit diperlukan oleh sesuatu cahaya untuk bergerak daripada Matahari ke Bumi (ini disebabkan, kita berada lebih kurang 8.3 minit cahaya daripada matahari).
  • Bintang paling dekat, Proxima Centauri terletak 4.22 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi.
  • Galaksi kita Bima Sakti, mempunyai kelebaran lebih kurang 100,000 tahun cahaya.
  • Angkasa lepas  yang boleh dicerap mempunyai jejari lebih kurang 13,700,000,000 tahun cahaya…. 

Semua imej-imej yang didapati melalui teropong angkasa Hubble menunjukkan alam langit yang penuh rahsia…sehingga kini para saintis hanya dapat merakamkan imej-imej galaksi yang mengkagumkan…

Apakah sebenarnya imej ini?

Sehingga kini, manusia telah dapat memerhati sebahagian daripada objek-objek yang ada di langit. Banyak persoalan yang belum dapat dijawab secara tepat oleh manusia…Namun manusia akan terus memerhati dan mencari jawapannya. Dan akan terbukti firman-firman Allah s.w.t. tentang langit:

Ertinya: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka persekutukan.” (An-Nahl:3)

Ertinya: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?” (Surah Nuh: ayat 15) 

Ertinya: “Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat, dan dengan apa yang kamu tidak lihat. Sesungguhnya al-Qur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia.” (Surah Al-Haqqah: 38-40)

Kerajaan Allah di langit

Ertinya: “Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Hadid: ayat 1)

Galaksi Andromeda…galaksi yang paling hampir dengan galaksi Milky Way

Imej berbentuk mawar merah…

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ

Ertinya:“Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan,” (surah Al-Mursalat: ayat 8) Bintang-bintang yang ada di langit juga mengalami proses kematian. Bintang dilahirkan kemudian akan dimatikan.

Sesungguhnya Alam langit penuh dengan keajaiban

Imej yang sangat menakjubkan…

BEBERAPA IMEJ LANGIT TERBARU YANG MENARIK

Di antara imej terbaru 2012

Imej terbaru yang menakjubkan…bagaikan sepasang mata!!!

Imej yang paling menakjubkan dari Hubble

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ertinya:

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Surah Adz-Dzaariyaat: ayat 47)

PINTU-PINTU LANGIT?

لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ وَقَدْ خَلَتْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ

وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ

لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَسْحُورُونَ

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

Ertinya: 13.“mereka tidak beriman kepadanya (Al Quran) dan sesungguhnya telah berlalu sunnatullah terhadap orang-orang dahulu.14. Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya,15. tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.16. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya),” (Surah Al-Hijr: ayat 13 – 16)

Lubang Hitam

Para Saintis menamakannya “Black Hole”

Lagi imej lubang hitam..

Lagi imej lubang hitam..

Gambaran Saintis tentang lapisan langit...

Gambaran Saintis tentang lapisan langit…

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْحُبُكِ

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,” (Surah Adz-Dzaariyat:7)

Baru-baru ini para astronomi menemukan adanya bintang-bintang mereka yang disebut dengan lubang hitam, yang memiliki ciri khas pada tiga sifat: 1 – tidak terlihat (tampak). 2 – bergerak  pada kecepatan tinggi. 3 – menarik segala sesuatu yang dekat kepadanya selalu menyapu halaman langit. Bahkan para ilmuwanpun menyebutnya dengan pembersih alam semesta, dan yang menakjubkannya lagi bahwa hal tersebut telah disebutkan dalam Al Qur’an, yaitu firman Allah:

{15} فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ

{16} الْجَوَارِي الْكُنَّسِ

Ertinya: “Sungguh, aku bersumpah dengan bintang-bintang,  yang beredar dan terbenam”. (At-Takwir:: 15-16]. Kata al-khunnas berarti tidak nampak. Dan al-jiwar adalah yang bergerak, sedangkan “al-kunnas” yang menyapu dan menarik segala sesuatu oleh adanya gravitasi yang sangat kuat untuk itu. Bukankah ayat ini mewakili keilmiahan Al-Qur’an?

Black hole menurut gambaran para saintis astronomi….masih merupakan suatu teori..

Teori Wormhole

“Wormhole” ibarat suatujalan-pintas” – shortcut – menyambung dua daerah di semesta alam. Ini masih diperingkat “teori” para saintis astronomi…Dan manusia mengetahui sesuatu sedikit demi sedikit…misteri langit akan terbuka sedikit demi sedikit, sesuai dengan kehendak Allah, PENCIPTA SEMESTA ALAM.

Black Hole…satu tajuk astronomi yang sedang dikajiselidik…

APA YANG DILIHAT DARI PEMERHATIAN (OBSERVATION) MELALUI TEROPONG ANGKASA HUBBLE, ADALAH ALAM LANGIT, ALAM SYAHADAH YANG DAPAT DILIHAT….

BEGITU BESAR KERAJAAN ALLAH DI LANGIT. APA YANG DAPAT DI LIHAT MANUSIA HINGGA KINI, HANYALAH SEBAHAGIAN KECIL DARI KERAJAAN YANG AMAT BESAR…DAN MANUSIA BELUM LAGI MENGETAHUI SECARA PASTI APAKAH YANG DILIHATNYA…? TEORI-TEORI SAINS SENTIASA BERUBAH SEIRING DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI YANG SEMAKIN PESAT.

MUNGKIN BEBERAPA DEKAD AKAN DATANG, MANUSIA AKAN DAPAT MEMBONGKAR LEBIH BANYAK RAHSIA LANGIT YANG MENAKJUBKAN!!!

2 thoughts on “Kerajaan Di Langit

    • Benar kata saudara…cuma banyak ayat-ayat Al-Qur’an menyuruh kita memerhati alam ciptaan-Nya di langit dan dibumi supaya dengan itu akan bertambah iman sesiapa yg telah beriman. Dan ramai para saintis yg beriman setelah mengkaji alam semesta ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s